Berita islam terkini

Berkata yang Baik atau Diam

Berkata yang Baik atau Diam - Walaupun seorang Muslim itu dibatasi oleh perkara-perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan, sebetulnya, masih banyak perkara yang dibenarkan dan sedikit saja yang dilarang. Satu daripada perkara yang dilarang itu adalah membuka aib diri dan aib orang lain. Membuka aib diri itu mungkin tak begitu menimbulkan masalah karna orang yang waras biasanya mengunci rapat keaiban diri sendiri.tapi, apa yang sedang membarah dalam masyarakat kita kini adalah sikap yang suka mengaibkan orang lain. Dalam arti kata-kata lain, suka mendedahkan keburukan orang. Cara Mendekatkan Diri kepada Allah

Tetapi, bila tiba kepada keaiban orang lain, sikap kita begitu berbeza sekali. Ramai yang suka mendengar atau membaca kisah-kisah keaiban orang, malahan, sanggup juga memanjangkan kisah-kisah itu pada orang lain sedang Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak." 



Semua orang ada melakukan kesilapan dalam kehidupan dan lazimnya kita akan merahasiakan kesilapan itu untuk mengelakkan rasa malu bila ia diketahui umum. Alangkah seorang kanak-kanak pun tahu malu jika silapnya ditegur di khalayak orang ramai, inikah pula orang dewasa. Maka, biasanya kita akan merahsiakan kesilapan itu agar ia tidak mengaibkan diri kita sendiri. 


Berkata yang Baik atau Diam
 
Malangnya, ramai orang Islam yang lebih suka mengingkari perintah hadis ini. Mereka sama ada menjadi orang yang mengaibkan orang lain secara lisan mahupun tulisan; menjadi pendengar atau pembaca atau penonton setia kisah-kisah keaiban itu; mahupun, menjadi penyampai atau pemanjang cerita-cerita aib tersebut.

Malah, ada yang mengaut keuntungan dari keaiban orang lain. Kononnya, itulah formula untuk melariskan jualan. Soalnya, formula siapa? Formula Barat atau formula Islam yang kita bangga menjadi umatnya?

Ada juga yang mendakwa bahawa cerita seperti itu yang majoriti pembaca mahukan. Dakwaan ini mungkin benar dan biasanya majoriti akan menang. Namun, tidak semestinya majoriti itu betul. Maka, jika ternyata majoriti cenderung memilih sesuatu yang dilarang oleh agama, apakah kita patut terus menggalakkan mereka?

Dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT dengan jelas melarang umat Islam dari menyatakan keaiban orang lain. Dalam ayat yang sama disebut bahawa mereka yang mengingkari larangan ini, ia menjadi fasik, maka hendaklah ia bertaubat. Larangan ini begitu penting sekali dipatuhi sehingga ia diulangi dalam ayat yang berikutnya, "...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang...". Tidak cukupkah ayat-ayat ini memandu kita ke jalan yang benar? Persiapan Menyambut puasa Ramadhan

Dalam pengenalan beliau mengenai Surah al-Hujurat ini, Abdullah Yusuf Ali, dalam terjemahan al-Qurannya menyebut bahawa, surah ini menyentuh tentang adab yang perlu dipatuhi oleh ahli masyarakat Islam. Selain melarang mengaibkan orang, surah ini juga memerintahkan agar: ketua dihormati; khabar angin diselidiki; damaikan dua pihak yang berkelahi; manusia lain jangan dicemuh atau diperlekehi; jangan label orang dengan perkataan yang buruk; jauhi prasangka; jangan mencari salah dan keaiban manusia; jangan mengumpat; dan, berkenal-kenalanlah sesama manusia.

Berkata yang Baik atau Diam Rating: 4.5 Posted by: Abu sigly Ahlussunnah waljamaah