Berita islam terkini

Kisah Hikmah Syeikh Abdul Qadir Jailani

ORANG BERTUHANKAN DINAR
 

Ada sebuah kisah pada satu masa yaitu yang terjadi kepada Syeikh Abdul Qadir Al Jailani.Beliau didatangi oleh pemuka- pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama-sama dalam satu majlis ibadah malam secara beramai-ramai. Beliau menolak tetapi pemuka -pemuka tersebut bersikeras juga mengajak beliau untuk turut hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka.


http://sunnahsunni.blogspot.com/2015/01/kisah-hikmah-syeikh-abdul-qadir-jailani.html


Pada akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir setuju untuk hadir ditempat itu.
Pada malam yang telah ditentukan, di satu tempat yang terbuka, beratus- ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing- masing. Ada yang sholat. Ada yang wirid. Ada yang membaca al Qur'an. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di suatu sudut dan hanya memperhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.




Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah.Beliau coba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak pengatur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir setuju.



Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja. Beliau berkata :
" Bapak-bapak dan para hadirin sekelian. Tuhan bapak-bapak semua berada di bawah tapak kaki saya ".




Mendengar kata-kata begitu itu, hadirin majlis syok terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah.Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati.Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya bisa mengatakan begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.



Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah.jika pemerintah dapat mengetahui, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika didapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.
Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak orang ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.
 



Kadhi bertanya, Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan waktu sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa Tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?
Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, " Benar, saya ada berkata begitu ".
Kadhi bertanya lagi, " Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu ? ".
Jawab Syeikh Abdul Qadir , " Kalau tuan kadhi mahu tahu, silahkanlah lihat tapak kaki saya ".



Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.
 




Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia dan bertuhankan uang.. Dan uang satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.





Kalau di zaman Syeikh Abdul Qadir Jailani pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apakah lagi di zaman ini. Itu baru dalam soal ibadah.jika dalam hidup seharian,mungkin sudah tentu Tuhan tidak langsung diambil kira,mengatakan semua terjadi karena sendirinya.DEMIKIANLAH kisah singkat semoga bisa diambil hikmahnya hiduplah sebenar-benarnya hidup,semua karna ALLAH,,jangan ria,ujub,membanggakan keturunan,hidup cuma sementara didunia fana ini,,Wallahu'alam bisshawab.

Kisah Hikmah Syeikh Abdul Qadir Jailani Rating: 4.5 Posted by: Abu sigly Ahlussunnah waljamaah