Berita islam terkini

kisah Hasan Basri dengan Zinnirah

kisah Hasan Basri dengan Zinnirah
 Bismillah,,
Dari kisah ini oleh Wandye banyak kita Temukan kata-kata yang sangat menyentuh hati ambil hikmahnya tentang menutup aurat dan menjaga pandangan bagi laki-laki dan perempuan,
kisah zinnirah si pemilik mata yang cantik.tapi mengorbankan matanya kerana mata itu telah membuat hassan basri terpesona pada matanya....
Dalam kitab Jawahirul Bukhari mengisahkan Hasan Basri ketika mudanya ialah seorang yang sangat tampan.
 Dia sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan kegemarannya ialah suka berjalan-jalan di sekitar kota Basrah.
Pada suatu hari ketika Hasan Basri sedang berjalan-jalan, dia terpandang seorang wanita yang sangat cantik dan sangat menarik perhatiannya. Hasan Basri pun mengekori gadis tersebut. Apabila wanita itu merasa ada orang mengikutinya maka dia pun menoleh ke belakang dan dia terpandang ada orang sedang mengikutinya.
 
Wanita itu lalu bertanya,Wahai orang muda, adakah kamu tidak malu? Hasan Basri pun berkata,Pada siapa harus aku malu? Wanita itu lalu berkata, Malulah kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang terdapat dalam hati. Hasan Basri tertarik kepada wanita tersebut dan terpendamlah rasa cinta dalam hatinya. Hasan Basri tidak dapat mengawal nafsunya, dia tetap mengikuti wanita itu dari belakang.
 
Apabila wanita itu melihat Hasan Basri terus mengikutinya, dia pun berkata, Mengapa kamu terus mengikutiku? Hasan Basri berkata, Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu. Sebaik sahaja wanita itu mendengar kata-kata Hasan Basri, dia pun berkata, Baiklah, oleh kerana kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini. Sebentar lagi akan aku berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki.Setelah berkata begitu, wanita itu pun pergi. Dalam hati Hasan Basri berkata, Nampaknya dia telah menerima cintaku. Maka duduklah Hasan Basri di tempat tersebut menanti kedatangan wanita itu.
 
Tidak berapa lama kemudian, datanglah seorang pembantu menghampiri Hasan Basri sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup. Hasan Basri lantas membuka kotak tersebut dan dia sungguh terperanjat apabila melihat dalam kotak itu terdapat sepasang biji mata. Tuan puteriku berkata, dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesonanya seseorang itu. Apabila Hasan Basri mendengar kata-kata pembantu tersebut, maka gementarlah seluruh tubuhnya serta berdiri bulu romanya. Dia pun memegang jantungnya, dan berkata kepada dirinya sendiri, Celaka betul kamu ini, sudahlah berjanggut akan tetapi masih tidak ada rasa malu. Setelah Hasan Basri menyedari kesalahannya itu, maka dia pun pulang ke rumah dan menangis semalaman kerana menyesali segala perbuatannya itu.
 
Pada keesokan harinya Hasan Basri pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf dan supaya wanita itu memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Begitu saja dia menghampiri rumah wanita tersebut, dia terdengar suara tangisan kaum wanita. Hasan Basri pun bertanya kepada mereka dan dia diberitahu bahawa wanita itu telah meninggal dunia. Hasan Basri tidak dapat menahan kesedihannya, dia pun kembali ke rumah dan menangis selama tiga hari tiga malam. Dia benar-benar menyesal akan kesalahannya serta bertaubat kepada Allah untuk tidak lagi menjadi lelaki yang tidak sopan.
 
Pada malam yang ketiga, Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut. Wanita itu telah ditempatkan ke dalam Syurga. Hasan Basri lalu berkata,Wahai wanita yang cantik jelita, halalkanlah kesalahanku terhadapmu. Wanita itu berkata, Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapatkan kebaikan yang banyak dari Allah SWT disebabkan kamu. Hasan Basri berkata lagi, Berilah kepadaku satu nasihat yang baik. "Dengarlah nasihatku ini! Apabila kamu dalam keadaan sendirian, hendaklah kamu berzikir kepada Allah SWT setiap pagi dan petang, beristighfarlah, mohon ampun kepada Allah SWT dan bertaubatlah kepada- Nya. Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala yang dinasihatkan kepadanya sehingga dia menjadi orang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhudnya dan taat kepada Allah SWT dan dia memperoleh darjat yang tinggi lagi mulia di sisi Allah SWT serta menjadi wali kekasih Allah.
 
~Apabila seseorang itu memandang seseorang dengan penuh rasa ghairah, maka sesungguhnya pandangan itu disertai syaitan. Tidak akan rugi bagi seorang wanita jika dia menutup auratnya, melainkan dia akan mendapat pahala di sisi Allah SWT, insyaAllah dia akan selamat dari segala macam fitnah,DEMIKIANLAH semoga bermamfaat,ambil hikmahnya



kisah Hasan Basri dengan Zinnirah Rating: 4.5 Posted by: Abu sigly Ahlussunnah waljamaah