Berita islam terkini

Do'a untuk para da'i,Aktivis dakwah





Do'a untuk para da'i,Aktivis dakwah
Do’a rabitah merupakan sebahagian dari risalah Al –Mathurat ,ialah wirid yang dibaca oleh aktivis dakwah pada pagi dan petang, baik sebagai rangkaian wazhifah kubra atau sughra. Biasanya dilakukan secara sendirian atau berjemaah.

Do’a rabitah ini istimewa berbanding dengan doa’-doa’ yang lain. Antaranya:-

PERTAMA: Do’a ini disusun untuk para aktivis dakwah, agar mereka selalu mengingat prinsip-prinsip perjuangan dengan membaca do’a ini.

KEDUA: Doa’ ini bertujuan mengkonsolidasikan dan menyatukan hati pada aktivis dakwah



KETIGA: Dengan do’a rabithah ini kita memahami bahawa gerakan dakwah adalah jamaah, bukan jam’iyyah, dan syirkah.

Jamaah adalah wadah yang mengumpulkan hati-hati dan fizikal anggota dalam waktu yang sama, bahkan pertemuan hati perlu lebih intensif dan tidak boleh terputus dibandingkan denganpertemuan secara fizikal dalam pertemuan tanzim maupun yang lain.

Jami’yyah artinya organisasi massa, yayasan, NGO, partai politik dan sebagainya. Pertemuan ini umumnya lebih mementingkan pertemuan secara fizikal yang bersifat struktur dan formal, yang kurang memerhatikan pertemuan hati dan batin. Oleh itu, biasannya boleh terjadi konflik dan pergeseran di sesama anggota organisasi itu.
Sementara syirkah pula merujuk kepada usaha perniagaan atau bisnes.



KEEMPAT: Dengan do’a rabitah ini kita memahami bahawa dakwah telah menyatukan para aktivis dari belbagai generasi semenjak ada kegiatan dakwah di mukabumi ini sehinggalah ke hari kiamat.



Ringkasnya:
Para da’I ilallah dituntut untuk menyatukan saff, beramal dan paling tidak saling mendo’akan agar istiqomah pada jalan Allah serta mendapat taufiq dan rahmat dari Allah SWT demi kejayaan Islam.
Do'a untuk para da'i,Aktivis dakwah 
 

Do'a untuk para da'i,Aktivis dakwah Rating: 4.5 Posted by: Abu sigly Ahlussunnah waljamaah