Berita islam terkini

Sebab-Sebab Sholat Ditolak Allah Subhanahu Wata'ala



Sebab-Sebab Sholat
Sahabat muslim yang dikasihi Allah,semoga tulisan ini bermamfaat,khususnya bagi saya sendiri dan sahabat semuanya, Sholat yaitu ibadah pokok dan ia merupakan tiang atau tunggak kepada seluruh ibadah-ibadah yang lain sesudah iman. Di akhirat kelak sholatlah diantara ibadah yang akan dihisab dan dinilai lebih dahulu daripada ibadah-ibadah lain. Kalau ibadah solat tidak lulus di dalam pepereksaan Allah kerana beberapa kecacatan akibat beberapa amalan kita yang boleh merosakkan pahalanya, maka ibadah-ibadah lain yang kita lakukan walaupun cantik, banyak dan hebat turut tertolak dan tidak dinilai oleh Allah Subhanahu wata'ala.

 Orang yang mengerjakan ibadah sholat yaitu sebagai penentu bahawa ia telah beriman. Orang yang meninggalkan sholat ia telah durhaka kepada Allah Subhanahu wata'ala dan telah merobohkan tiang agama. Amat berat hukumnya di sisi Islam orang yang meninggalkan solat fardu tanpa uzur yang dibenarkan oleh syarak. Sahabat yang dirahmati Allah, Dalam banyak lagi keterangan hadist dan juga al-Qur'an tentang kepentingan dan kedudukan solat yang diperintahkan oleh Allah kepada setiap orang Islam. Memandangkan betapa besarnya solat ianya begitu penting yang menentukan kedudukan dan nilai seseorang itu samaada ia dimasukkan ke dalan Syurga atau Neraka serta dimurkai atau dicintai oleh Allah, maka menjadi tanggungjawab kepada setiap kita orang Islam memikirkan serta mengerjakannya secara bersungguh-sungguh dan dengan sempurna. Disamping itu, kita juga wajib memerhatikan beberapa amalan-amalan kita yang lain yang boleh mencacatkan ibadah solat kita yang kita hendak persembahkan kepada Allah itu agar ia benar-benar cantik, sempurna dan bernilai di sisi Allah Subhanahu wata'ala
Hakikat sholat yang sempurna akan dapat membawa seseorang menolak dan meninggalkan perkara mungkar dan jahat. Kerana kesan daripada solat itu akan membina kekuatan jiwa kepada orang yang bersolat dan berupaya menghindari setiap larangan Allah. Firman Allah Subhanahuwata'ala yang bermaksud ; "Sesungguhnya sholat (yang sebenarnya) itu dapat menghindari diri kamu daripada perkara-perkara jahat dan mungkar." (Surah Al-'Ankabut ayat 45).

 Bila kita lihat realitas yang berlaku di dalam masyarakat kita kenapa banyak yang mengerjakan sholat tetapi mereka masih berterusan melakukan maksiat dan kemungkaran? Contoh yang jelas mereka memakan riba atau masih menerima sistem riba walaupun telah ada pilihan bermuamalah secara Islam. Mereka suka melakukan fitnah menfitnah, adu domba, dengki mendengki, masih menipu, mengambil rasuah, mendedahkan aurat, pergaulan bebas , mengurat dan mengumpat. Sementara itu dalam masa mereka mengerjakan solat, mereka juga mengabaikan kewajipan yang lain iaitu seperti tidak mencari rezeki dari sumber yang halal, tidak menegakkan rumah tangga Islam, tidak mendidik anak-anak kepada akhlak Islam, tidak menjalankan kerja-kerja dakwah mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran, tidak berminat menuntut ilmu fardu 'ain, tidak berdakwah kepada jiran tetangga dan sahabat handai kepada ajaran Islam yang sebenar, tidak bergaulan dan berkasih sayang sesama Mukmin, tidak memenuhi hak-hak umat Islam yang lain dan sebagainya. Kenapa berlaku demikian?
Kenapa ibadah sholat masih belum mampu mendidik dan membentuk orang yang melakukan solat itu menjadi insan yang sempurna? Berkemungkinan kerana solat yang dilakukannya itu tidak diterima dan tidak dinilai oleh Allah Subhanahuwata'ala Sahabat yang dimuliakan, Di dalam kitab 'Majmuk Salasi Risaa'il' bahawa ada sepuluh perkara yang kalau dilakukan oleh orang yang melakukan solat menyebabkan sholatnya tidak diterima dan ditolak oleh Allah s.w.t. iaitu :


1.Makan minum dan pakaian mestilah daripada sumber yang halal.
2.Hendaklah mengerjakan solat dengan penuh khusyuk. Hati tidak mengingat perkara lain selain daripada menumpukan kepada Allah.
3.Jangan ada rasa di dalam hati perasaan riak, yaini melakukan solat itu kerana selain daripada kerana Allah.
4.Jangan ada sifat takabur kepada makhluk.
5.Jangan melakukan umpatan kepada orang lain.
6.Jangan ada perasaan 'ujub di dalam hati ('ujub ialah merasai diri mempunyai kelebihan daripada orang lain dan menganggap orang lain mempunyai kekurangan. Diri sendiri seharusnya diberi keutamaan bukan orang lain).
7.Jangan ada perasaan suma'ah di dalam hati (suma'ah ialah ingin supaya memperdengarkan atau agar orang lain tahu akan kebajikan dan kebaikan yang ia lakukan dan merasa senang hati kalau ada orang lain tahu).
8.Melakukan amalan kebajikan kerana takut dengan Allah bukan kerana takut kepada Neraka Allah atau harapkan balasan Syurga.
9.Jangan kerana malu kepada makhluk, tapi hendaklah kerana malu dengan Allah yang mendorong kita melakukan ibadah itu.
10.Jangan lakukan ibadah itu kerana mengikut hawa nafsu, yakni melakukan dengan gopoh-gapah, kerana hendaklah cepat selesai atau hendaklah banyak jumlah ibadah, tapi melakukannya secara tidak berakhlak (tidak berhalusi).
Akhirkata, sekiranya kita melakukan solat atau ibadah yang lain, dalam masa yang sama melakukan (mencampurkan) perkara mungkar, lebih-lebih lagi mungkar batin sepertimana yang dijelaskan di atas, maka yang demikian layaklah ia dihina dan dimurkai oleh Allah kerana sikap mencampur-adukkan perkara hak (kebajikan) dengan perkara batil (maksiat) dilarang oleh Allah sendiri.
Apabila Allah murka, maka Allah tidak akan memberi pertolongan dan solat kita tidak dapat memberi kesan bagi merubah diri kita daripada baik kepada buruk. Oleh yang demikian berusahalah menghindari dan meninggalkan 10 perkara yang mencacatkan pahala ibadah yang menjadi punca ibadah solat kita tidak diterima AllahSubhanahu wata'ala.Wallahu'alam bisshawab
" Sebab-Sebab Solat Ditolak Allah SWT".

Sebab-Sebab Sholat Ditolak Allah Subhanahu Wata'ala Rating: 4.5 Posted by: Abu sigly Ahlussunnah waljamaah