Berita islam terkini

hukum Jadikan al-Quran sebagai mas kahwin?

Pertanyaan:
Apakah hukumnya al-Quran dijadikan sebagai mas kahwin?

 hukumnya al-Quran dijadikan sebagai mas kahwin?
Jawaban:
Hukum suami memberikan mas kahwin kepada isterinya yaitu wajib.hal Ini berdasarkan dalil berikut:
 

a) Ayat al-Quran: firman Allah SWT dalam surah al-Nisa' ayat 4, yang bermaksud, "Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya."
 

b) Hadis 'Abdul Rahman bin 'Auf berkata kepada Nabi Muhammad saw, "Wahai Rasulullah, saya telah berkahwin." Lalu Rasulullah saw bertanya, "Apakah mas kahwin yang kamu berikan kepada isteri kamu itu?" Jawab 'Abdul Rahman, "Beberapa gram emas." Rasulullah saw berkata, "Semoga Allah memberkati kamu. Buatlah jamuan, walaupun dengan hanya menjamu lauk kambing." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)
 

c) Para ulama sepakat (ijma') mengatakan hukum memberi mas kahwin adalah wajib. (Ibnu Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, jil. 6, hlm. 679).
Mas kahwin boleh terdiri daripada harta yang diiktiraf oleh hukum Syarak. Mushaf al-Quran adalah termasuk dalam harta yang diiktiraf oleh hukum Syarak. Oleh itu, dibenarkan menjadikan mushaf al-Quran sebagai mas kahwin, dengan syarat ia dinyatakan di dalam akad nikah.

Hukum ini didukung dengan kisah perkahwinan Sahal bin Sa'ad al-Sa'idi. Nabi Muhammad s.a.w berkata kepada Sahal, "Aku nikahkan kamu dengannya dengan ayat al-Quran yang kamu hafaz (sebagai mas kahwin)." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Abu Daud). Nabi Muhammad s.a.w membenarkan Sahal menjadikan ayat al-Quran yang dihafaz sebagai mas kahwin.
Wallahu A'lam.

hukum Jadikan al-Quran sebagai mas kahwin? Rating: 4.5 Posted by: Abu sigly Ahlussunnah waljamaah