Berita islam terkini

Kenali Aqidah Ahlussunah Wal Jamaah



Arti Ahlussunnah ialah penganut Sunnah Nabi dan erti wal Jamaah ialah penganut i'tiqad sebagai i'tiqad Jamaah sahabat-sahabat Nabi.

 I'tiqad Nabi dan para sahabat telah lama termaktub dalam Al Quran dan dalam Sunnah Rasul secara terpisah-pisah, belum tersusun secara rapi dan teratur, kemudian dikumpulkan dan dirumuskan dengan rapi oleh ulama Usuluddin yang besar iaitu, Syeikh Abu Hasan 'Ali al Asy'ari (260-324H) kemudian orang menamakan kaum pegangan ahlussunnah wal Jamaah sebagai Asya'irah.

http://sunnahsunni.blogspot.com/2014/11/kenali-aqidah-ahlussunah-wal-jamaah.html


 Di dalam kitab “Ihtihaf Sadatul Muttaqin” karangan Imam Muhammad bin Muhammad al Husni az Zabidi, iaitu kitab syarah dari kitab “Ihya Ulumuddin” karangan Imam Ghazali yang bermaksud ; “Apabila disebut kaum Ahlussunnah wal Jamaah, maka maksudnya ialah golongan yang mengikut fahaman Asyari dan fahaman Abu Mansur al Maturidi.” Abu Mansur al Maturidi pula ialah seorang ulama Usuluddin juga, yang fahamannya dan i'tiqadnya sama dengan Abu Hasan al Asy'ari. Beliau wafat di sebuah desa bernama Maturidi Samarqand, di Asia Tengah pada tahun 333H. Tersebut dalam kitab Thabrani bersabda Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassallam yang bermaksud : “Demi Tuhan yang memgang jiwa Muhammad ditanganNya, akan berfirqah umatKu sebanyak 73 golongan, yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka.” Bertanya para sahabat : “ Siapakah golongan yang tidak masuk neraka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab : “Ahlussunnah wal Jamaah” (Hadith Riwayat Imam Thabrani) Setelah dikaji oleh para ulama Usuluddin,

 pembahagian 73 itu ialah seperti berikut secara ijma' : 
1. Syiah 22 aliran 
2. Khawarij 20 aliran 
3. Muktazilah 20 aliran
4. Murjiah 5 aliran 
5. Najariah 3 aliran 
6. Jabariah 1 aliran
7. Musyabihah 1 aliran 
8. Ahlussunnah wal Jamaah 1 aliran. 

 Manakala mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali dikira 1 dalam golongan ahlussunnah wal Jamaah kerana mereka hanya berbeza pendapat dalam hal furu' (cabang) bukan dalam hal usul (pokok) kerana 4 mazhab fiqh ini masih berbumbungkan pegangan aqidah yang sama..

Ringkasan I'tiqad Ahlusunnah wal Jamaah.

1. Iman ialah mengikrarkan dengan lisan dan membenarkan dengan hati. Iman yang sempurna ialah mengikrarkan dengan lisan, membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota.

2. Tuhan itu ada nama iaitu Allah. Dan ada 99 nama Allah.

3. Tuhan mempunyai sifat banyak sekali, yang boleh disimpulkan dengan perkataan : Sifat Jalal (kebesaran), Jamal (keindahan) dan Kamal (kesempurnaan).

4. Sifat yang wajib diketahui oleh mukmin yang baligh berakal ialah 20 sifat; 20 sifat yang wajib ada bagi Nya dan yang mustahil ada padaNya dan satu lagi sifat yang harus ada bagiNya. (Wujud, Qadim, Baqa', Mukhalafatuhu lil hawaditsi, Qiyamuhu binafsihi, Wahdaniyah, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama', Bashar, Kalam, Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu Alamin, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami'an, Kaunuhu Bashiran, Kaunuhu Mutakalliman). Lawan bagi sifat ini ialah sifat mustahil bagi Allah Taala.

5. Sifat yang harus bagi Allah hanyalah satu, iaitu : Dia boleh memperbuat dan boleh pula pula tidak memperbuat.

6. Wajib mempercayai bahawa para Malaikat itu ada. Mereka banyak tetapi yang wajib diyakini secara terperinci hanyalah 10 orang sebagai yang telah disebut nama-namanya dan perkerjaannya masing-masing.

7. Wajib mempercayai adanya kitab-kitab suci yang diturunkan Allah kepada Rasul-rasulNya untuk disampaikan kepadanya kaumnya. Wahyu yang diturunkan kepada para nabi dan rasulnya terbahagi kepada dua iaitu suhuf (lembaran-lembaran) dan kitab yang besar. Sesetengah ulama Usuludin berpendapat suhuf itu ada 100 ada sebahagiannya pula berpendapat jumlahnya 110. Manakala bilangan kitab pula ada 4 iaitu Kitab Taurat (Nabi Musa alaihissalam), Kitab Zabur (Nabi Daud alaihissalam), Kitab Injil (Nabi Isa alaihissalam) dan Kitab Al Quran (Nabi Muhammad Salallahu Alalihi Wassallam).

8. Golongan Ahlussunnah wal Jamaah mempercayai semua para Rasul yang diutuskan kepada manusia. Para nabi jumlahnya ialah 124000 orang manakala para Rasul bilangannya 313 orang, Walaubagaimanapun, ini bilangan yang dibincangkan oleh para ulama. Bilangan mereka yang sebenar hanya Allah yang mengetahui. Yang wajib diketahui hanyalah 25 Rasul sahaja. Beza para nabi dan Rasul ialah, para nabi ini diwahyukan oleh Allah tetapi tidak diperintahkan untuk menyampaikan kepada manusia manakala para rasul pula diwahyukan dan diperintahkan untuk menyampaikan kepada manusia.  Seorang Nabi tidak semestinya Rasul, Dan Seorang Rasul pastilah seorang Nabi.

9. Setiap orang Islam wajib mempercayai hari akhirat. Permulaan akhirat bagi setiap manusia ialah selepas mati. Ini bermakna, wajib bagi semua mukallaf bahawa mati , soal mungkar nakir , kiamat, tiupan sangkakala, padang masyhar, timbangan mizan, titian sirat, syurga neraka dan apa-apa yang berkaitan adalah benar.

10. Ahlussunnah wal Jamaah mempercayai bahawa Qadha dan Qadar iaitu takdir (baik dan buruk) datangnya dari Allah dan ia ada sejak azali lagi. Yang ada bagi manusia hanya kasab, ikhtiar, dan usaha. Kita diwajibkan untuk berusaha.

11. Tuhan bersama nama-Nya dan sifat-Nya semuanya qadim (sedia ada), kerana nama dan sifat itu berdiri pada Dzat yang qadim. Maka kerana itu sekalian sifat Tuhan adalah Qadim, tiada permulaan.

12. Al Quran al Karim adalah Kalam Allah yang Qadim. Bukan makhluk

13. Rezeki setiap manusia sudah ditakdirkan secara azali. Tidak bertambah dan tidak berkurang. Tetapi manusia disuruh mencari, bukan duduk menunggu.

14. Ajal setiap manusia sudah ada jangkanya oleh Tuhan, tidak cepat dan tidak lambat walaupun cuma sesaat. 15. Anak-anak orang kafir, kalau mati kecil masuk syurga.

16. Doa orang mukmin memberi manfaat bagi dirinya dan bagi orang yang didoakannya.

17. Pahala sedekah, wakaf, dan pahala bacaan (tahlil, selawat, bacaan Quran) boleh dihadiahkan kepada yang telah mati dan sampai kepada mereka kalau dimintakan kepada Allah untuk menyampaikannya.

18. Ziarah kubur, khususnya kubur ibubapa, para Ulama, para wali, dan para syuhada, apatah lagi kubur Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassallam dan para sahabat baginda adalah sunat hukumnya, diberi pahala jika dikerjakan.

19. Berdoa kepada Allah secara langsung atau berdoa kepada Allah dengan wasilah (bertawasul) adalah sunat hukumnya, diberi pahala jika dikerjakan.

20. Masjid di seluruh dunia sama darjatnya kecuali 3 buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Baitul Maqdis.

21. Seluruh manusia adalah anak cucu dari Nabi Adam, Adam berasal dari tanah. Iblis dan jin dijadikan oleh Tuhan dari api, manakala para malaikat pula dijadikan dari cahaya.

 22. Bumi dan langit ada. Siapa yang mengatakan langit tidak ada maka dia terkeluar dari linkungan golongan Ahlussunah wal Jamaah.

 23. Nama Tuhan tidak boleh dibuat-buat oleh manusia, tetapi mesti seperti yang telah ditetapkan Tuhan dalam Quran dan hadith-hadith Nabi yang sahih. 

24. Tidak mentakwilkan ayat mutasyabihat seperti Allah bertangan, bertubuh, duduk dengan takwilan zahir tetapi mentakwilkan dengan takwilan yang majazi mengikut sifat yang layak atas diri Allah seperti “Tuhan bertangan” maksudnya “Tuhan berkuasa” atau “Tuhan duduk di atas Arasy” maksudnya “Tuhan menguasai Arasy”, sesudah itu diserahkanlah kepada Allah apakah maksud sebenar ayat-ayat tersebut. 

25. Bangkit sesudah mati hanya satu kali. Manusia pada mulanya tiada, kemudian lahir ke dunia, sesudah itu mati, sesudah bangkit (hidup) kembali berkumpul di Padang Masyhar. Maksudnya, selepas manusia mati, tidak hidup lagi menyerupai binatang atau apa sahaja. 

 26. Pahala yang diberikan Tuhan kepada orang yang salah bukanlah kerana Tuhan terpaksa memberikannya dan bukan pula kewajipan untuk membalas jasa orang itu. Begitu juga hukuman bagi orang yang durhaka tidaklah Tuhan terpaksa menghukumNya atau kewajipan Tuhan untuk menghukumnya. Tuhan memberi pahala kepada manusia kerana Kurnia-Nya dan menghukum dengan Keadilan-Nya. 

27. Allah dapat dilihat oleh penduduk syurga dengan mata kepala, bukan dengan matahati sahaja. Tetapi ia bukan bermaksud Allah tempatnya di syurga.

 28. Pada waktu di dunia tidak ada manusia yang dapat melihat Tuhan kecuali Nabi Muhammad Salalllahu Alaihi Wassalam ketika baginda di mi'rajkan. 

29. Mengutus para rasul ialah satu kurnia Tuhan kepada hamba-Nya, untuk menunjuk jalan yang lurus. Bukan kewajipan bagi Allah untuk mengutus para rasul itu.

 30. Wajib diketahui dan diyakini oleh seluruh umat Islam bahawa Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam itu lahir di Kota Mekkah. Diangkat menjadi Rasul pada usia 40 tahun, lalau diturunkan ayat al Quran secara berturut-turut selama 23 tahun. Baginda wafat pada usia 63 tahun dan makam perkuburan baginda ada di Masjid Nabawi, Madinah.

 31. Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam adalah manusia seperti kita, bukan Malaikat. Beliau makan, minum, tidur, kahwin, mempunyai keluarga seperti manusia biasa. Tetapi, kemanusiaan beliau luarbiasa samaada jasmani mahupun rohani kerana beliau manusia yang dapat menanggung wahyu Ilahi yang mana jika diturunkan pada gunung/bukit, pasti akan hancur lebur. Ibarat yang mudah ialah, manusia lain ibarat batu kerikil tetapi beliau ibarat batu permata akik. Beliau adalah “Saidul khalaik”, makhluk Tuhan yang paling mulia dibanding dengan yang lain. 

32. Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam diutuskan oleh Tuhan kepada seluruh manusia, bukan hanya kepada sekelompok bangsa atau negeri.

 33. Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam mi'raj ke langit melalui Baitul Maqdis pada 27 Rejab dan kembali pada malam itu juga dengan membawa perintah solat fardu 5 waktu secara jaga yakni dengan roh dan jasad. 

34. Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam memberi syafaat di akhirat kepada seluruh manusia. 

 35. Sesudah Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam wafat, maka pengganti baginda yang sah ialah Sayidina Abu Bakar sebagai khalifah pertama, Sayidina Umar Bin khatab sebagai khalifah kedua, Sayidina Uthman sebagai khalifah yang ketiga dan Sayidina Ali sebagai khalifah yang keempat, Radiyallahu anhum. Mereka dinamakan sebagai Khulafaur Rasyidin.
baca juga:Manfaat Daun sirih merah

 36. Wajib meyakini bahawa yang paling mulia di antara makhluk Tuhan ialah Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, sesudah itu Rasul-rasul lain, kemudian para nabi, kemudian para Malaikat, kemudian barulah manusia yang lain. 

37. Wajib meyakini bahawa sahabat yang paling mulia ialah Sayidina Abu Bakar, kemudian Sayidina Umar, kemudian Sayidna Uthman kemudian Sayidina Ali dan kemudian para sahabat yang sepuluh yang telah dijanjikan syurga, Radiyallahu anhum. 

38. Dalam soal pertikaian dan peperangan Jamal dan Siffin, golongan Ahlussunnah wal Jamaah hendaklah melihat kepada positif dan tidak banyak membicarakannya kerana ia adalah ijtihad masing-masing. Jika ijtihad mereka benar di sisi Allah, dapat dua pahala, jika salah dapat satu pahala. 

39. Golongan Ahlussunnah wal Jamaah yakin bahawa semua keluarga Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam khususnya Siti Aisyah Ummul Mukminin yang dituduh membuat membuat kesalahan adalah bersih dari noda. Ia adalah fitnah semata-mata dan telah dinyatakan dalam Al Quran Surah Nur ayat 11)

 40. Kerasulan seorang Rasul adalah kurnia dari Tuhan. Pangkat itu tidak dapat diusahakan, contohnya dengan bertapa, masuk sekolah dan lain-lain.

 41. Para rasul Allah dikurniakan mukjizat, yakni perkara yang luarbiasa daripada adat manusia seperti Nabi Ibrahim tak terbakar oleh api, Nabi Isa menghidupkan orang yang telah mati, Nabi musa dengan tongkatnya yang boleh bertukar menjadi ular manakala Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam dengan Kitab Suci al Quran yang tidak dapat ditiru oleh para cerdik pandai atau cendekiawan, bulan dibelah dua, matahari berhenti bergerak dan sebagainya. 

42. Golongan Ahlussunnah wal Jamaah meyakini adanya keramat. Ia adalah perkara ganjil/luarbiasa yang berlaku kepada para wali, para ulama dan para solihin. Contohnya datangnya makanan dengan sendiri kepada Siti Maryam, ashabul kahfi (ahli gua) yang tidur selama 309 tahun tanpa rosak tubuh badan mereka. 

43. Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam adalah penutup segala kenabian. Tiada nabi lagi selepas beliau, Sesiapa yang mengaku dirinya nabi selepas Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, maka orang itu adalah pendusta dan wajib dilawan. 

44. Wajib percaya adanya Arasy, iaitu satu makhluk Tuhan yang dicipta dari Nur, terletak ditempat yang tinggi dan mulia, yang mana tidak diketahui hakikatnya dan kebesarannya. Hanya Allah Subhanahu wata'ala yang mengetahui. 

45. Wajib meyakini adanya “kursi Tuhan”, iaitu suatu benda makhluk Tuhan yang berdekatan dan berhubung dengan Arasy. Hakikat keadaannya diserahkan kepada Allah. Yang wajib bagi kita ialah percaya wujudnya. 

46. Wajib percaya adanya Kalam, iaitu suatu benda yang dijadikan Tuhan untuk menulis sesuatu yang akan terjadi di Lauh Mahfuz. Segala yang terjadi di dunia sudah tertulis di lauh mahfuz terlebih dahulu. 

47. Syurga dan neraka bersama penduduknya akan kekal selama-lamanya, tidak akan habis. Keduanya kekal agar yang berbuat baik merasakan selama-lamanya nikmat perbuatannya dan yang berdosa merasakan selama-lamanya dengan perbuatannya kecuali mukmin.

 48. Dosa itu menurut Ahlussunnah wal Jamaah, terbahagi kepada dua iaitu dosa besar dan kecil. Dosa besar ialah syirik, membunuh manusia dengan tiada hak, makan riba, lari dari medan perang, berbuat sihir, derhaka kepada ibubapa, berzina, meliwat, berdusta terhadap nabi dan lain-lain. Jika dosa besar tidak dikerjakan maka dosa kecil akan diampunkan oleh Tuhan. Dosa besar hanya terhapus dengan taubat nasuha kepada Allah.


Kemuliaan Sayidina Ali radiyallahua anhu menurut pandangan Ahlussunnah wal Jamaah. (Bahagian 1) Seperti yang dinyatakan dalam bahagian yang keempat, kemuliaan Sayidina Ali radiyallahu anhu adalah yang keempat selepas Sayidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan Sayidina Uthman radiyallahu anhum. Yang kita hendak bincangkan di sini ialah kemuliaan Sayidina Ali radiyallahu anhu sebagai ahli keluarga (ahlul bait) Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam. Sayidna Ali radiyallahu anhu adalah sepupu baginda yakni anak kepada pakcik baginda yang bernama Abu Talib yang mana kita sudah sedia maklum pakcik beliau inilah yang bertanggungjawab menjaga Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam semenjak kewafatan datuknya Abdul Mutallib. 

 Jadi, Sayidina Ali ini membesar bersama Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam. Cuma beza umurnya sangat jauh jaraknya yang mana Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam pada ketika diangkat menjadi Rasul (40 Tahun), umur Sayidina Ali lebih kurang dalam 10 tahun menurut majoriti ahli sejarah Islam. Adakah dengan memuliakan Sayidina Ali dikira sebagai Syiah? Pertama, kita pelajari dahulu apa itu Syiah dan bagaimana fahaman ini muncul. Syiah dari segi lughah (bahasa) maksudnya 'pengikut' dan 'Syiah Ali” bermaksud 'Pengikut Ali”. Fahaman ini diasaskan oleh seorang pendeta Yahudi dari Yaman yang bernama Abdullah bin Saba'. Dia datang ke Madinah setelah masuk Islam ketika akhir-akhir pemerintahan Khalifah Sayidina Uthman bin Affan radiyallahu anhu dan kebetulan tidak mendapat penghargaan atau penghormatan daripada Khalifah Sayidina Uthman radiyallahu anhu dan orang yang terkemuka di Madinah seperti yang diharapkan. Dia menyangka pada mulanya, kalau dia datang ke Madinah pasti akan disambut dengan kebesaran sebab dia adalah pendeta besar Yahudi Yaman yang masuk Islam. Sebahagian ahli sejarah pula mengatakan, bahawa masuknya Abdullah bin Saba' ini ke dalam Islam adalah memang untuk memporak perandakan Islam dari dalam kerana Islam sukar ditumbangkan jika dilawan dari luar. Dialah orang yang bertanggungjawab membentuk gerakan anti Sayidina Uthman dan berusaha untuk menjatuhkannya. 
Baca juga:Kisah Rasulullah Yang Menitiskan Air Mata

Syiah ini berlebih-lebihan mengagungkan Sayidina Ali supaya Sayidina Uthman, Sayidina Umar dan Sayidina Abu Bakar dipandang rendah oleh masyarakat pada ketika itu sehingga mereka sanggup mereka-reka hadith palsu seperti hadith yang masyhur di kalangan mereka yang disebut sebagai 'Hadith Ghadir Khum'. Hadith ini palsu di sisi Ahlusunnah wal Jamaah kerana langsung tidak disebut dalam kitab-kitab hadith seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud dan lain-lain walhal para sahabat yang turut serta dalam Haji Wada' bersama Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam ketika itu ialah 114000 orang. Kenapa hadith ini tidak diketahui oleh para sahabat yang ramai itu? Sayidina Ali bukan Syiah dan bukan Imam golongan Syiah Dalilnya : Sayidina Ali radiyallahu anhu dan Siti Fatimah radiyallahu anha, ikut baiah iaitu mangangkat Sayidina Abu Bakar menjadi khalifah walaupun terlambat sedikit. Mereka juga membaiah sayidina Umar dan Sayidina Uthman walaupun Sayidina Ali termasuk dalam calon khalifah yang ketiga. Andaikata 'Hadith Ghadir Khum' itu benar, maka sudah tentu Sayidina Ali tidak membaiah mereka kerana ia adalah wasiat Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam menurut pegangan Syiah.



SIKAP AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH MENGENAI AS-SALAF ASH-SHOLIH
قال الإمام عبد القاهر بن طاهر بن محمد بن عبد الله البغدادي التميمي الأسفراييني، أبو منصور (المتوفى: 429هـ) في كتابه الفرق بين الفرق وبيان الفرقة الناجية
Imam Abu Manshur 'Abdul Qohir al-Baghdadi dalam kitabnya ''Al-Farqu baina al-Firoq mengatakan :
الفصل الرابع من فصول هذا الباب قولنا في السلف الصالح من الأمة
Fasal ke-4 dari fasal-fasal bab ini adalah pendapat kami dalam masalah as-salaf ash-sholih dari umat ini
أجمع أهل السنة على إيمان المهاجرين والأنصار من الصحابة. هذا خلاف قول من زعم من الرافضة أن الصحابة كفرت بتركها بيعة علي، وخلاف قول الكاملية في تكفير علي بتركه قتالهم.


Ahlussunnah wal jama'ah sepakat atas imannya kaum Muhajirin dan Anshor dari kalangan shahabat , pendapat (Ahlussunnah wal jama'ah) ini menyelisihi pendapat orang yang menyangka dari kaum Rofidloh bahwa para shahabat kufur dengan meninggalkan bai'at kepada 'Ali bin Abu Tholib , dan menyelisihi pendapat kaum Kamiliyah (Syi'ah Rofidloh pengikut Abu Kamil) dalam masalah mengkafirkan 'Ali bin Abu Tholib karena Beliau tidak memerangi mereka (para shahabat)
وأجمع أهل السنة على أن الذين ارتدوا بعد وفاة النبي صلى الله عليه وسلم من كندة وحنيفة وفزارة وبني أسد وبني قشير وبني بكر بن وائل لم يكونوا من الأنصار ولا من المهاجرين قبل فتح مكة. وإنما أطلق الشرع اسم المهاجرين على من هاجر إلى النبي صلى الله عليه وسلم قبل فتح مكة، وأولئك بحمد الله ومنه درجوا على الدين القويم والصراط المستقيم.


Ahlussunnah wal jama'ah sepakat atas bahwa sesungguhnya orang-orang yang murtadd sesudah wafatnya Nabi sholla Allahu 'alaihi wa sallam dari Qobilah Kandah , qobilah Hanifah , qobilah Fazaroh , Bani Asad , Bani Qusyair dan Bani Bakr bin Wail bukan dari kalangan kaum Anshor maupun kaum Muhajirin sebelum penaklukan Makkah . Syari'at hanya mengucapkan nama muhajirin kepada orang yang hijrah kepada Nabi sholla Allahu 'alaihi wa sallam sebelum penaklukan Kota Makkah dan mereka alhamdulillah berjalan diatas Agama Islam yang tegak dan jalan yang lurus
وأجمع أهل السنة على أن من شهد مع رسول الله صلى الله عليه وسلم بدرا من أهل الجنة. وكذلك كل من شهد معه بيعة الرضوان بالحديبية.

Ahlussunnah wal jama'ah sepakat atas bahwa sesungguhnya orang-orang yang hadir bersama Rosulullah sholla Allahu 'alaihi wa sallam diperang Badar termasuk Ahli surga , begitu pula setiap orang yang hadir bersama Rosulullah sholla Allahu 'alaihi wa sallam di Bai'at ar-Ridwan di Hudaibiyah
وقالوا بما ورد به الخبر بأن سبيعن ألفا من أمة الإسلام يدخلون الجنة بلا حساب منهم عكاشة بن محصن، وأن كل واحد منهم يشفع في سبعين ألفا.

Ahlussunnah wal jama'ah berpendapat dengan apa yang didatangkan hadits yang menerangkan bahwa sesungguhnya tujuh puluh ribu dari umat Islam akan masuk surga tanpa hisab , diantara mereka adalah 'Ukkaasyah bin Mihshon , dan sesungguhnya setiap satu orang dari mereka akan (diberi izin) mensyafa'ati tujuh puluh ribu orang
وقالوا بموالاة أقوام وردت الأخبار بأنهم من أهل الجنة وأن لهم الشفاعة في جماعة من الأمة منهم أويس القرني، والخبر فيهم مشهور.

Ahlussunnah wal jama'ah berpendapat wajibnya mengasihi (mencintai) kaum-kaum yang hadits-hadits menerangkan bahwa mereka adalah ahli surga dan ahli syafa'at pada kelompok dari umat Islam , diantara mereka adalah Uwais al-Qorniy dan hadits tentang mereka sangat masyhur
وقالوا بتكفير كل من أكفر واحدا من العشرة الذين شهد لهم النبي صلى الله عليه وسلم بالجنة.

Ahlussunnah wal jama'ah berpendapat dengan mengkafirkan setiap orang yang mengkafirkan satu orang dari sepuluh sahabat yang dijamin surganya oleh Baginda Rosulullah sholla Allahu 'alaihi wa sallam
وقالوا بموالاة جميع أزواج رسول الله صلى الله عليه وسلم وأكفروا من أكفرهن أو أكفر بعضهن.

Ahlussunnah wal jama'ah berpendapat dengan wajibnya mengasihi (mencintai) semua istri Rosulullah sholla Allahu 'alaihi wa sallam dan (Ahlussunnah wal jama'ah) mengkafirkan orang yang mengkafirkan mereka atau sebagian dari mereka
وقالوا بموالاة الحسن والحسين والمشهورين من أسباط رسول الله عليه الصلاة والسلام كالحسن بن الحسن وعبد الله بن الحسن وعلي بن الحسين زين العابدين ومحمد بن علي بن الحسين المعروف بالباقر -وهو الذي بلغه جابر بن عبد الله الأنصاري سلام رسول الله صلى الله عليه وسلم عليه- وجعفر بن محمد المعروف بالصادق وموسى بن جعفر وعلي بن موسى الرضا. وكذلك قولهم في سائر أولاد علي من صلبه كالعباس وعمر ومحمد بن الحنفية وسائر من درج على سنن آبائه الطاهرين دون من مال منهم إلى اعتزال أو رفض ودون من انتسب إليهم وأسرف في عداوته وظلمه كالبرقعي الذي عدا على أهل البصرة ظلما وعدوانا. وأكثر النسابين على أنه كان دعيا فيهم ولم يكن منهم.

Ahlussunnah wal jama'ah berpendapat dengan wajibnya mengasihi (mencintai) Sayyid Hasan dan Sayyid Husain dan orang-orang yang masyhur dari cucu-cucu Rosulillah sholla Allahu 'alaihi wa sallam seperti Sayyid Hasan bin Hasan (bin Ali bin Abu Tholib) , Sayyid 'Abdullah bin Hasan (bin Ali bin Abu Tholib) , Sayyid 'Ali bin Husain (bin 'Ali bin Abu Tholib) Zainal 'Abidin , Sayyid Muhammad bin 'Ali bin Husain (bin 'Ali bin Abu Tholib) yang terkenal dengan sebutan Al-Baqir beliau adalah orang yang shahabat Jabir bin 'Abdullah al-Anshoriy menyampaikan salam Rosulullah sholla Allahu 'alaihi wa sallam atasnya , Sayyid Ja'far bin Muhammad yang terkenal dengan sebutan ash-Shodiq , Sayyid Musa bin Ja'far dan Sayyid 'Ali bin Musa ar-Ridlo .

 Demikian pula pendapat Ahlussunnah wal jama'ah pada semua putera-putera kandung sayyidina 'Ali bin Abu Tholib seperti 'Abbas (bin 'Ali bin Abu Tholib) , 'Umar (bin 'Ali bin Abu Tholib) , Muhammad bin Al-Hanafiyah dan semua orang yang berjalan diatas sunnah-sunnah Datuk-datuknya yang suci , bukan orang yang condong dari mereka kepada aqidah i'tizal (mu'tazilah) atau kepada rofidloh , dan bukan orang yang menisbatkan diri kepada mereka dan melebihi batas dalam permusuhan dan kezalimannya seperti Al-Barqo'iy yang menganiaya penduduk Basrah karena dholim dan melampaui batas (permusuhan) . Kebanyakan orang-orang yang menisbatkan diri adalah bahwa ia mengaku termasuk mereka padahal ia tidak termasuk mereka
وقالوا بموالاة أعلام التابعين للصحابة بإحسان. وهم الذين قال الله تعالى فيهم: {يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم}.

Ahlussunnah wal jama'ah berpendapat dengan wajibnya mengasihi (mencintai) tokoh-tokoh tabi'in (orang-orang yang mengikuti) para shahabat dengan baik , mereka adalah orang-orang yang Allah berfirman tentang mereka " Mereka berkata : wahai Tuhan kami ! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yaitu orang-orang yang telah mendahului kami dengan iman dan janganlah engkau jadikan dihati kami kebencian kepada orang-orang yang beriman , wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Pengasih"
وقالوا ذلك في كل من أظهر أصول أهل السنة.

Ahlussunnah wal jama'ah berpendapat dengan demikian (wajibnya mengasihi (mencintai)) pada setiap orang yang menampakkan pokok-pokok ajaran Ahlussunnah
وإنما تبرءوا من أهل الملل الخارجة عن الإسلام ومن أهل الأهواء الضالة مع انتسابها إلى الإسلام كالقدرية والمرجئة والرافضة والخوارج والجهمية والنجارية والمجسمة.

Ahlussunnah wal jama'ah hanya berlepas dari para penganut agama-agama yang keluar dari Islam dan dari para pengikut hawa nafsu yang sesat disertai menisbatkannya kepada Islam seperti Qodariyah , Murjiah , Rofidloh , Khowarij , Jahamiyah , Najjariyah dan Mujassimah.
وقد تقدم بيان تفصيل هذه الجملة في الفصل الذي قبل هذا الفصل بما فيه كفاية.

Dan telah berlalu penjelasan perincian jumlah ini pada pasal sebelumnya dengan penjelasan yang cukup
Wa Allahu A'lam






Kenali Aqidah Ahlussunah Wal Jamaah Rating: 4.5 Posted by: Abu sigly Ahlussunnah waljamaah