Berita islam terkini

Tanda Kedatangan KIAMAT Menurut Hadist

Salah 1 tanda KIAMAT hampir tiba


Saidina Ali berkata: “Kedatangan AL-Mahdi akan didahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga dekad,dan bukan bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan bintang yang muncul pada setiap abadTetapi ia adalah bintang beradab-abad yang meliputi api,salji,udara dan tanah…”


 http://sunnahsunni.blogspot.com/2014/10/tanda-kedatangan-kiamat.html


Fakta sains: HERMES, pertama kali dilihat pada tahun 1937 sebagai objek bercahaya bergerak kemudian menghilang pergi tanpa dikesan, sehinggalah muncul semula pada oktober 2003. Menurut Brian Marsden, dari pusat planet di Cambridge Hermes telah mengelilingi matahari sebanyak 31 kali.

Bintang ini muncul 777 hari sekali iaitu lebih kurang 2.1 tahun iaitu 1/3 dekad seperti yang dimaksudkan oleh kata-kata Saidina Ali. Oleh itu bintang ini muncul pada 2-3 tahun sekali.

“…Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar...”

Saiz Hermes adalah 0.9km (lebih kurang 1000 ela). Saiz nukleusnya yang besar membentuk ‘coma’ yang besar dan menghasilkan ekor yang panjang, Semakin hamper dengan matahari semakin panjang ekornya.

Komet bergerak lebih laju apabila menghampiri matahari dan menjadi perlahan apabila bergerak menjauhi matahari. Mean Orbital Velocity nya adalah 47.88km/s sementara bumi Mean Orbital Velocity adalah 29.79km/s.

“..Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari terbit..”

Sinaran coma ini semakin bertambah apabila memasuki ruang angkasa bumi dan geseran nucleus iaitu 2 batu besar , garispusat 400 meter dengan lapisan udara mesophere bumi dengan kelajuan 65 124 k/jam { 47.88km sesaat (hermes) -29.79km/s (bumi) } akan menghasilkan bunyi yang kuat dan pitch yang tinggi membelah langit pada ketinggian 150-560 km pada waktu malam jumaat pertengahan bulan Ramadan.

Sekiranya ia merentas bahagian malam bumi ketika itu, bermakna melintas bahagian Amerika, pacific ocean dan berada di atas supervolcano Yellowstone (lebih kurang)

“.. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada landasan orbitnya. Setelah itu akan dating banyak malapetaka dan kematina yang merupakan keuntungan bagi orang yang baik dan kerugian bagi orang jahat.”

Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Nahl ayat 77)

~Sumber buku : 3 tokoh bakal menakluk Dunia (Al-Mahdi - Dajjal - Nabi Isa Al Masih)
~penulis : Ustaz jaafar bin Salleh.
~terbitan Pustaka Azhar.

Sebuah komet akan muncul di Timur dengan mengeluarkan cahaya sebelum tiba. (Ibn Hajar al-Haythami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi `Alamat al-Mahdi al-Muntazar, hal. 53)

Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 32)

~> Ada dua tanda untuk kedatangan Al Mahdi ... Yang pertama adalah gerhana bulan di malam pertama Ramadhan, dan kedua adalah gerhana matahari di pertengahan bulan ini. (Ibn Hajar al-Haythami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi `Alamat al-Mahdi al-Muntazar, hal. 47)

Baca juga:4 Mutiara Pada diri Manusia

... Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya .... (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)

Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym in al-Fitan)

-Wallahualam

Tanda Kedatangan KIAMAT Menurut Hadist Rating: 4.5 Posted by: Abu sigly Ahlussunnah waljamaah