Berita islam terkini

HATI YANG MATI ATAU HATI BUTA


semoga hati kita tidak mati


Hati Buta itu Sebab 10 Perkara

Ibrahim bin Adham, seorang ahli tasawuf/sufi yang masyur dikerumuni orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada orang di antara mereka bertanya, mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya? Maka beliau menjawab, "Karena hati kamu itu buta disebabkan 10 perkara...".
10 perkara itu yang disebut oleh Ibrahim bin Adham adalah:
HATI YANG MATI ATAU HATI BUTA
1. Kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu TIDAK TUNAIKAN HAK-NYA.
2. Kamu mencintai Rasulullah SAW tetapi MENOLAK SUNAHNYA. 
3. Kamu membaca AL-QURAN, tetapi kamu TIDAK BERAMAL DENGANNYA.
4. Kamu makan nikmat Allah SWT tetapi kamu TIDAK MENSYUKURI-NYA.
5. Kamu berkata SYAITAN itu musuh kamu tetapi TIDAK MENENTANGNYA.
6. Kamu berkata bahawa SYURGA itu benar tetapi TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.
7. Kamu berkata bahawa NERAKA itu benar TETAPI TIDAK LARI DARIPADANYA.
8. Kamu berkata MATI itu benar tetapi TIDAK BERSEDIA baginya. 
9. Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi LUPA KEAIBAN SENDIRI.
10. Kamu kebumikan mayat tetapi TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR daripada mereka.






HATI YANG MATI ATAU HATI BUTA Rating: 4.5 Posted by: Abu sigly Ahlussunnah waljamaah